AHMAD ALBOB YANG PUNYA .. hahahahha




Mule-mule aq x tgok sgt cter nyh bb aq ase cm borinx jewp .. 
Tapi ble aq da tgok skali .. Klakar plak  jln cter nyh ..
Lagu dyer pown klakar la jgak .. 
Lgpown pelakon2 cter nyh mmg dr pelakon2 yg dew karakter lucu pown ...
Aq sukeee .. hihihihttp://www.emocutez.com

Nyh dyer punyer sinopsis kalau kowg sumer nak taw laa ..

Drama ini mengisahkan Ahmad Albob (Danny X Factor), anak kepada jutawan Tuan Syawal (Ropie Cecupak) dan Puan Mastura (Liza Abdullah) rajin menolong ayahnya menguruskan penternakan lembu dan kambing serta ladang pisang montel. Walaupun Ahmad Albob bakal mewarisi harta Tuan Syawal, dia tetap merendah diri dan tidak pandai bergaya. Malah, sikapnya yang lurus bendul dan selekeh menjadikannya seorang yang tidak popular di kolej. Ahmad Albob hanya mempunyai Hussin (Ezzendy), pekerja di ladang ayahnya sebagai kawan.
Tuan Syawal bercadang mencari calon isteri untuk Ahmad Albob. Mastura mencadangkan kepada suaminya supaya memilih salah seorang anak saudara mereka iaitu Siti Zulhijjah atau Siti Zulkaedah. Safar (Roy Azman) dan Muharram (Asrul Raja Lawak) mula berangan-angan untuk hidup senang-lenang sekiranya anak mereka dipilih untuk menjadi isteri Ahmad Albob.
Siti Zulhijjah (Hanez Suraya) dan Siti Zulkaedah (Sheera Iskandar) pula tidak menyukai Ahmad Albob yang tidak pandai bergaya. Mereka hanya berminat dengan kekayaannya. Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah selalu membuli Ayu Raihana (Allana Amir) dan mahu mempergunakannya untuk mencari kesempatan ke atas Ahmad Albob. Tanpa dijangka Ahmad Albob tertarik dengan Ayu Raihana walaupun dia seorang gadis biasa yang tidak pandai bergaya. Ayu Raihana juga menyenangi sikap Ahmad Albob yang tidak memandang rendah kepadanya tanpa mengetahui latar belakang keluarga Ahmad yang kaya raya.
Puteri Jun Jun Atun (Dottie) yang merindui Ahmad Albob telah turun ke bumi untuk mencarinya namun dia terpaksa akur dengan syarat ayahnya bahawa manusia dengan jin tidak boleh bersatu. Maka, Puteri Jun Jun Atun mahu memastikan Ahmad Albob mendapat calon isteri yang benar-benar ikhlas mencintainya dan bukan hanya mahukan harta bendanya.
Dengan bantuan Puteri Jun Jun Atun, Ahmad Albob telah bertukar menjadi seorang usahawan yang tampan dan berkarisma. Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah mula menyesal kerana pernah menolak lamaran Ahmad Albob. Kini, mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Ahmad Albob dan menganggap Ayu Raihani sebagai penghalang. Ahmad Albob pula mengenakan syarat kepada sepupunya bahawa mereka perlu bermadu sekiranya bersetuju untuk mengahwininya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Siapakah pilihan hati Ahmad Albob? Jangan ketinggalan untuk mengikuti siri drama “Ahmad albob yg punya” yang mencuit hati di slot Lagenda, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang.

http://www.emocutez.com
adioszz amigosz


mAceh bab bace .. jGn lUpe like n kOmen okEyy

2 comments:

Unknown said...

best gakk .. tp xtgok g..

Leeyana Anaily Hanif said...

tgok laa .. dlm mggu nyh abz aw ...

+cOpyriGht and design by Leeyana Anaily+