Kata-kata cinta .. ? part 1 :)


Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan..

Kata-kata cinta ini memiliki kata-kata yang mendalam dan penuh makna .....

  • Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat..
  • Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat  bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya..
  • Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak ernah berakhir dengan persahabatan..
  • Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu  selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
  • Cinta yang lahir dari pandangan pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..
  • Sesiapapun pandai menghayati cinta, tapi tidak seorang pun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang boleh dilihat olehh mata kasar,, sebaliknya cinta hanya dapat dirasai melalui hati dan perasaan..
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia kerana kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan lah kata-kata cinta yang tersimpan difikiranmu itu sekarang selagi ada hayatnya..
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tak dapat melupakannya..
  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi..
  • Tuhan memberika kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah dinamakan cinta..
  • Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukaruntuk di mengertikan !
END OF PART 1

mAceh bab bace .. jGn lUpe like n kOmen okEyy

No comments:

+cOpyriGht and design by Leeyana Anaily+