Kata-kata cinta .. ? part 2


Dew banyak lagi madah-madah cinta nyh .. yang nyh bahagian ke-2 aq tulis untuk k0wang sumer ..
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan tersebut.
  • Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya walaupun malam menjelma. Cahayanya pada bulan tetap menerangi, kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya..
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu padanya..
  • Seandainya kamu ingin imencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkan lah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari !
  • Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh kerana itu, kejarlah cinta abadi seperti kamu mengejar waktu dan apabila dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jaga lah ia seperti kau menjaga dirimu. Sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Esa..
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat..
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa kembali lagi..
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, tetapi ia bukan tidak bererti apabila kamu harus membiarkannya pergi..
  • Cinta pertama adalah kenangan, cinta kedua adalah pelajaran  dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana itu jagalah cinta yang di anugerahkan sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim..
  • Jika kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir .. tapi syukurlah kerana ia pernah  singgah di hati mu .. 

mAceh bab bace .. jGn lUpe like n kOmen okEyy

No comments:

+cOpyriGht and design by Leeyana Anaily+